PROJEK SKIM TRUST

TRUST `Tranfomasi Usahawan Sektor Ternakan'
Program TRUST yang diwujudkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah  untuk membolehkan para penternak lembu (terutama Penternak Lembu secara lntegrasi) membesarkan projek ke tahap komersial. Di bawah Skim TRUST, penternak yang berkelayakan berpeluang mendapatkan pinjaman tanpa faedah dalam bentuk ternakan (induk betina dan baka pejantan). Di samping itu, bantuan perkhidmatan teknikal dan klinikal serta runding cara ekonomi ternakan disediakan secara percuma kepada semua penternak dalam usaha meningkatkan daya saing dan program transformasi pengusaha komersil.
Objektif
  • Untuk mentransform penternak tradisional ke tahap semi-komersil dan seterusnya menjadi usahawan berskala besar
  • Penambahbaikan daripada skim Pawah di mana bilangan ternakan untuk setiap bantuan adalah lebih besar
  • Untuk merangsang perkembangan penternak / ladang berpotensi dan berdaya maju bagi menggalakkan pertumbuhan industri ternakan yang mantap


Perlaksanaan Skim TRUST di KTS Gua Musang

Di kawasan KTS Gua Musang Skim TRUST ini telah mula dilaksana pada tahun 2006.Pada tahun tersebut sebanyak 192 ekor lembu induk betina dan 19 ekor baka jantan telah diagihkan kepada 17 orang usahawan lembu pedaging.Dibawah skim TRUST kambing sebanyak 286 ekor induk kambing dan 12 ekor kambing jantan telah diagihkan kepada 12 orang.

Dalam tempoh 6 tahun (2006-2012) sebanyak 1097 lembu betina dan 69 ekor baka jantan telah diagihkan dibawah Skim TRUST melibatkan 193 orang usahawan lembu pedaging.


Hasil dari perlaksanaan Skim TRUST ini seramai 5 orang usahawan lembu pedaging telah berjaya ditranformasikan ketahap komersil dan 20 orang usahawan menjadi usahawan semi komersil(>50 ekor induk).



YB Dato' Paduka Nozula memberi makan kepada lembu  sempena
Majlis perlancaran Skim TRUST peringkat KTS Gua Musang 2008










Lembu TRUST yang diterima oleh penternah Kesedar Paloh 03,
pada 2008

Lembu di Pre-condition selama 3 minggu sebelum di masukkan ke Ladang sawit

Pemberian rumput segara secara potong angkut



PROGRAM PEMBIAKAN DIBAWAH SKIM TRUST

Ternakan di bawah Skim TRUST KTS Gua Musang di biakkan dengan dua kaedah iaitu secara tabie menggunakan baka jantan dan kaedah Permanian Beradas.Aktiviti permbiakan secara permanian beradas dilakukan secara intensif dimana lembu betina yang baik body score akan diperiksa fertilitinya.Mana-mana induk yang tidak bunting akan beri perangsang hormon menggunakan teknik CIDR dan dibiakkan secara permanian beradas.


En.Azmi menjalankan suntikan Permanian beradas keatas lembu TRUST di Kesedar Paloh 03 pada 10/02/2009

Induk lembu disarinng sebelum diperiksa fertilitinya

Baka jantan di pre-condition sebelum dilepas bersama induk

Kelahiran anak lembu TRUST di Kesedar Paloh 03.




Lembu kacukan Zebu dibawah Skim TRUST yang diagih
kepada En.Mat Jusoh bin Israil tahun 2006


Tiada ulasan:

Catat Ulasan