PERKEMBANGAN INDUSTRI RUMINAN


 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh(RM7) 1996-2000 industri ruminan di Kawasan Tumpuan Sasaran Gua Musang berkembang  pesat dengan mencatatkan peningkatan populasi ternakan lembu dari 2266 ekor pada tahun 1996 kepada 4901  ekor pada tahun 2000 iaitu peningkatan sebanyak  116 peratus. Anggaran Nilaian ternakan diladang pada tahun 1999 adalah sebanyak RM2.450 juta berbanding dengan tahun 1995 sebanyak RM 1.133 juta sahaja. Nilai keluaran ternakan diperingkat ladang adalah sebanyak RM 4.26 juta dalam tempoh 1995-2000 .Dalam tempoh tersebut juga pengeluaran daging segar adalah sebanyak 444.06 tan metrik.Peningkatan populasi dan nilai keluaran yang besar ini telah menunjukkan  industri ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam mengeluarkan makanan tempatan dan ekonomi penduduk setempat.

Tranformasi yang diperkenalkan ini telah memberi sumbangan yang besar keatas peningkatan populasi ternakan iaitu sebanyak 116%, manakala bibit pula berkembang sebanyak 158 % dalam masa 5 tahun. Pertumbuhan secara menegak ini telah meningkatkan potensi pengeluaran daging dalam negara dimasa depan. Peningkatan populasi berlaku secara pantas ini disebabkan oleh penyampaian perkhidmatan veterinar khususnya dalam aspek kesihatan gerompok, LTJ dan pengembangan dapat dijalankan dengan lebih berkesan apabila sistem menternak telah berubah dari individu kepada sistem berkelompok.



En. Mat Rudin bin Ibrahim Felda Ciku 5



Kaedah menternak secara berkelompok/sistem blok yang diperkenalkan telah  mengembangkan saiz gerompok ternakan. Pada tahun 2000 ,sebanyak 3 (5.76 %) unit gerompok telah melebihi 100 ekor ternakan, manakala gerompok bersaiz dibawah 20 ekor telah berkurangan sebanyak 87.8 % jika dibanding dengan tahun 1995.

Pengembangan saiz gerompok kearah operasi bersekala besar adalah disebabkan oleh penyusunan semula sisten penternakan melalui penggabungan unit-unit kecil pengeluaran yang sedia ada.

Dalam sektor guna tenaga didapati penternak yang terlibat secara langsung dalam pengurusan harian ternakan telah menurun sebanyak 61.15 % pada tahun 2000 berbanding dengan tahun 1995

                                  Jadual :  Populasi ternakan lembu KTS Gua Musang 2001 -2005



Carta  Garis: Populasi ternakan lembu KTS Gua Musang 2001 -2005

Jadual: Populasi  dan saiz ladang lembu KTS Gua Musang 2000-2002




                                Jadual: Populasi  dan saiz ladang kambing KTS Gua Musang 2000-2002





AGIHAN BAKA JANTAN


Dalam Rancangan Malaysia ke Tujuh (2001-2005) sebanyak 72 ekor lembu pejantan,50 ekor bebiri pejantan dan 35 ekor kambing pejantan telah diagihkan kepada penternak di kawasan TAC Gua Musang




Jadual :Agihan bantuan ternakan 2001-2005



Pengagihan lembu baka jantan baka Nellore kepada penternak
di Felda Aring 01 tahun 1996


Sepanjang tempoh RMKe8 (2006-2010) KTS Gua Musang telah berjaya menghasilkan sebanyak 2,370.1 tan metrik daging lembu dengan nilai pasaran sebanyak RM 129.3 juta.70 % dari pasaran daging ini adalah bagi kegunaan tempatan(Gua Musang) manakala 30 % lagi adalah dikeluarkan ke jajahan lain iaitu Kuala Krai,Pasir Puteh dan Macang. 


Jadual : Pengeluaran dan nilai hasilan KTS Gua Musang 2006-2010










Tiada ulasan:

Catat Ulasan