LATARBELAKANG JAJAHAN GUA MUSANG
Keluasan jajahan Gua Musang adalah 53% dari keluasan negeri Kelantan iaitu 797,977 hektar. Sebahagian besarnya dilitupi hutan belantara dan bukit bukau.Keluasan tanah yang digunakan untuk aktivti pertanian adalah seluas 73622 hektar(tahun 2000).Tanaman sawit merupakan kawasan terbesar meliputi keluasan 56,022 hektar,dikuti dngan getah seluas 22,320 hektar,dusun buah buahan 8,922 hektar dan selebihnya tanaman lain.
Mengikut bancian penduduk tahun 1999 seramai 106,233 mendiami jajahan gua musang dengan kaum melayu merupakan etnik majoriti seramai 89,770 orang.Daripada bancian Jabatan Perangkaan pada tahun 2000 seramai 5,240 keluarga terlibat dengan aktiviti pertanian di Jajahan Gua Musang.
Gua Musang merupakan sebuah daerah yang kebanyakan penduduknya adalah tergolong dalam masyarakat peneroka. Daerah ini menempatkan dua agensi persekutuan yang diberi tanggungjawab untuk membuka dan memajukan tanah rancangan iaitu FELDA dan KESEDAR.
KESEDAR
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) adalah sebuah agensi kerajaan yang telah diberi tanggungjawab untuk memajukan sepuluh buah tanah rancangan yang terletak di Daerah Gua Musang, Kelantan. Tanah rancangan yang dimajukan oleh agensi ini termasuklah kawasan tanah rancangan Paloh 1, Paloh 2, Paloh 3, Chalil, Lebir, Meranto, Paloh 4, Renok Baru, Jeram Tekoh dan Sungai Asap . Terdapat sebanyak 9 buah Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) yang mempunyai peneroka dan 1 Ladang Tanpa Peneroka. Keseluruhan kawasan RKT adalah seluas 19,759.58 hektar dan menempatkan seramai 2,228 orang peneroka .
Jadual 1 menunjukkan maklumat tentang kedudukan peneroka, jenis t
FELDA
FELDA diberi tanggungjawab memajukan sembilan buah tanah rancangan yang terdiri daripada Kemahang 3, Chiku 1, Chiku 2, Chiku 3, Chiku 5, Chiku 6, Chiku 7, Perasu, dan Aring 1.
ISU MASYARAKAT SETEMPAT
Penderitaan masyarakat peneroka kini berlaku akibat kemerosotan hasil ladang yang telah menghimpit 168,750 keluarga peneroka di kawasan FELDA dan 35,815 keluarga pekebun kecil kampung serta kirakira 33,000 keluarga peneroka FELCRA. Sekitar tahun 1997 dan 1998 harga kelapa sawit adalah pada aras RM400 bagi setan dan pada tahun 2000 ia pernah mencecah tahap paling rendah iaitu RM60 setan.Bagi peneroka FELDA pula, pendapatan mereka lebih baik sedikit berbanding pekebun kecil kampung kerana kelapa sawit di kawasan FELDA lebih bermutu tinggi dan mampu dijual pada harga kira-kira RM100 setan yang mana ia jauh masih rendah (Mazlan, 2001).
LATARBELAKANG BIDANG RUMINAN
Sejarah
pemeliharaan ternakan ruminan di jajahan Gua Musang secara aktif bermula seiring
dengan penempatan peneroka di kawasan pembangunan tanah FELDA dan KESEDAR sejak
tahun 1980. Sistem pemeliharaan adalah secara integrasi dengan tanaman kekal. Saiz
penternakan adalah secara kecilan dengan sistem pemeliharaan secara tradisional
bagi tujuan tabungan.Agensi kerajaan seperti FELDA dan KESEDAR memainkan
peranan utama dalam pembangunan sektor ternakan ini sebagai sumber pendapatan
sampingan kepada peneroka masing-masing.
Peta : Kawasan Pertanian Negeri Kelantan
Lokasi kawasan operasi KTS Gua Musang |
Lokasi pejabat KTS Gua Musang mulai 2002 di Pejabat Perkhidmatan Haiwan Kecil Ciku 03 |
TABURAN HUJAN
Kawasan TAC Gua Musang merupakan kawasan pendalaman Negeri Kelantan dimana ianya menerima jumlah hujan yang tinggi pada bulan September hingga Disember pada tahun.Taburan hujan yang tidak seragam ini mempengaruhi corak pengurusan dan kesan terhadap kematian ternakan.Pada musim hujan ini kes kematian ternakan adalah tinggi terutama kepada ternakan yang beumur dibawah 3 bulan.Daripada lapuran yang diperolehi oleh penternak 10 % dari kehilangan(mati atau tidak dijumpai) disebabkan dhanyut air semasa banjir.Bentuk muka bumi yang berbukit dengan aliran air sungai yang cepat melimpah dan deras boleh menghanyut dan melemaskan tenakan.
Taburan Hujan dikawasan KTS Gua Musang (Pusat sukatan Felda Aring 06) |
KONSEP TAC
TAC `Target Area Concentraion' adalah satu konsep penyampaian perkhidmatan Veterinar melalui Pogram Pengembangan Veterinar yang proaktif disatu kawasan yang terpilih bagi membangun industri ruminan yang sistematik.
Di bawah konsep TAC penyampaian perkhidmatan teknikal melalui
Program Pengembangan Veterinar(PPV) akan dilaksanakan bagi membantu meningkatkan
kecekapan pengurusan ternakan.
KAWASAN OPERASI TAC GUA MUSANG
Pembangunan industri pengeluaran ruminan KTS Gua Musang dalam tempoh RMKe8 meliputi kawasan ladang tanaman kekal seluas 53,631 hektar.Bagi menyusun semula pembangunan kearah yang lebih berkesan kawasan liputi perkhidmatan dibahagi kepada 4 zon pengeluaran iaitu Gugusan Keseda Paloh,Chalil dan Lebir(10,178 ha), Gugusan Felda Ciku(14,032 ha),Gugusan Felda Aring 21,491ha),Gugusan Sungai Terah dan Panggong Lalat-7,950 ha).
Kawasan pembangunan utama KTS Gua Musang 1995-2015 |
Bidang
usaha penternakan bebiri telah diberi perhatian utama oleh kedua agensi
ini di peghujung tahun 80an dan awal
90an. Aktiviti penternak bebiri ini tidak dapat bertahan lama kerana banyak mengalami
masalah pengurusan dan akhirnya terhenti begitu sahaja. Aktiviti penternakan
lembu juga turut dilanda masalah kematian yang tinggi akibat keracunan urea dan
diserang binatang buas terutamanya harimau. Satu kajian rambang yang dibuat
oleh pihak jabatan dengan kerjasama pegawai FELDA dan penternak pada tahun 1996
mendapati sebanyak 560 ekor lembu dan 150 ekor bebiri mati akibat keracunan dan
dimakan bintang buas.
Pada
tahun 1995 bidang penternakan ruminan dijajahan Gua Musang telah mendapat
inisiatif baru apabila Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan
telah memilih Jajahan ini sebagai kawasan zon pengeluaran ruminan dibawah
konsep Kawasan Tumpuan Sasaran (KTS) atau
`Target Area Concentration’(TAC).
Di
bawah konsep KTS penyampaian
perkhidmatan teknikal melalui Program Pengembangan Veterinar(PPV) telah
dilaksanakan bagi membantu meningkatkan kecekapan pengurusan ternakan.Aktiviti
pembangunan modal insan,pemindahan teknologi dan pembangunan prasarana telah
diberi keutamaan oleh pihak jabatan. Hasil dari penyusunan strategi yang mantap
dengan disusuli kerjasama dengan agensi berkenaan serta perlaksanaan aktivti yang
cekap, Jajahan Gua Musang kini telah berjaya muncul sebagai kawasan pengeluaran
ruminan utama di Negeri Kelantan.
Penempatan Pegawai KTS
Penempatan pegawai bagi menyelaras aktiviti TAC bermula pada tahun 1994.Pada peringkat awal En.Hassan bin Zainudin,Pembantu Veterinar (persekutuan) dari Unit Pedaging Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah diarah untuk menjalankan tugas menyampaikan pekhidmatan dan membantu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan Gua Musang.secara berkala ,dua hari seminggu(hari Isnin dan Selasa) sehingga tahun 1997.Mulai 01.01.1997 En.Hassan bin Zainudin telah ditempatkan sepenuh masa bagi menjalankan tugas sebagai Pegawai Projek TAC Gua Musang dan berpejabat di Pejabat Perkhidmatan Jajahan Gua Musang.
Sepanjang tempoh 2 tahun penghujung Rancangan Malaysia Ke Enam ( 1990 -1995) perkembangan industri pengeluaran daging di kawasan TAC Gua Musang telah berlaku dengan pesat. Pertambahan populasi ternakan lembu pedaging telah meningkat sebanyak 116.28 % dari 2266 ekor tahun 1994 kepada 4901 ekor pada tahun 2000. Anggaran nilai asset lembu di ladang RM 1.81juta tahun1994.
Pada tahun 1994 92.3 % pengusaha ternakan lembu terdiri dari penternak kecil dan penternak semi-komersil hanya sebanyak 7.7 sahaja
Isu utama yang dihadapi oleh pentenak dalam tahun 1990- 1995 adalah kematian yang tinggi keatas ternakan. 40% dari punca kematian disebabkan oleh keracunan amonia berpunca dari ternakan yang memakan baja urea(46%) semasa musim pembajaan.40 % disebabkan serangan binatang buas dan 10 % disebabkan kemalangan jalanraya.
Tindakan yang diambil hasil dari keputusan bersama dengan pihak pengurusan rancangan Felda pihak TAC telah mejalankan kempen mengurung lembu semasa aktiviti pembajaan membaja urea dijalankan. Dalam tempoh 2-3 hari aktiviti pembajaan urea dijalankan semua lembu yang meragut dikawasan ladang tersebut akan dikurung dan diberi silaj pelepah sebagai makanan utama ternakan.
Memberi khidmat teknikal penyediaan silaj pelepah sawit di Felda Ciku 07 |
Pihak jabatan menyediakan pealatan pemprosesan silaj seperti mesih chopper,tong plastik disamping khidmat teknikal yang lain.Silaj Pelepah sawit ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan penternak terutama di Felda Ciku 07 dan Felda Ciku 01.
dihantar keladang penternak |
Memproses silaj Pelepah Sawit di Felda Ciku 01 |
Hasil dari pendekatan mengurung ternakan semasa aktiviti membaja urea ini telah dapat mengurangkan kes kematian ternakan akibat temakan urea.Manakala pemberian silaj sebagai makanan semasa ternakan dikurung telah menjimatkan tenaga pentenak untuk menguruskan ternakan.
Dengan termeterai MoU ini satu jawatan kuasa bertindak secara bersama antara JPH dan Felda telah ditubuhkan yang dipegerusi bersama oleh pegawai TAC Gua Musang dan Pegawai Pertanian Felda Wilayah Gua Musang dan dianggotai oleh Pengurus rancangan dan persatuan pentenak.Jawatan kuasa bertindak ini kemudian dikenali Jawatankuasa Pembangunan FELCAPbif. FELCAPbif adalah program penjenaan yang diberikan keatas sistem pengeluaran lembu di kawasan Gugusan Felda Ciku/Aring dan Perasu, Felda Wilayah Gua Musang.
Mesyuarat Jawatankuasa pembangunan FELCAPbif 1996 di Felda Ciku 03 |
Perbincangan diladang Felda Ciku 01(1996) Dr.Ibrahim b.Jalil dari Ibupejabat
dan Tn.Hj.Zakaria Pengurus Felda Ciku 01 bersama penternak
dan Tn.Hj.Zakaria Pengurus Felda Ciku 01 bersama penternak
ZON PENGELUARAN RUMINAN RMKe9(2006-2010)
GUGUSAN CIKU - 14032 HEKTAR
Produk utama adalah baka lembu/kambing dan bebiri pedaging.
Aktviti utama yang diberi tumpuan adalah
1. Sistem pemeliharaan kearah semi-intesif
2.Penambahbaikan kualiti ternakan
2.Penambahbaikan kualiti ternakan
3. Pekhidmatan Permanian Beradas
PENCAPAIAN RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH(1996-2000)
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh(RM7) 1996-2000 industri ruminan di kawasan liputan TAC berkembang pesat dengan mencatatkan peningkatan populasi ternakan lembu.. dari ..4901 ekor pada awal tahun 2001 kepada 4901 ekor pada tahun 2005 iaitu peningkatan sebanyak 116 peratus. Anggaran Nilaian ternakan diladang pada tahun 1999 adalah sebanyak RM2.450 juta berbanding dengan tahun 1995 sebanyak RM 1.133 juta sahaja. Nilai keluaran ternakan diperingkat ladang adalah sebanyak RM 4.26 juta dalam tempoh 1995-2000 .Dalam tempoh tersebut juga pengeluaran daging segar adalah sebanyak 444.06 tan metrik.
Pada tanggal 06.12.1996 satu lambaran sejarah baru telah dibuka dengan wujudnya satu perjajian memorandum persefahaman(MoU) secara rasmi diantara Felda Wilayah Gua Musang dengan Jabatan Perkhimdatan Haiwan Negeri kelantan.MoU ini ditandatangani oleh Dr.Majid Pengarah JPH Negeri dan Tn.Hj.Latif Pengurus Besar felda Wilayah Gua Musang dengan disaksikan oleh YAB. Dr. Hj.Ab.Rahman bin Mohd Salleh Timbalan ketua Pengaran JPH Malaysia bersama Ybrs.Tn.Haji.Mustapha yang mewakil Pengurus Besar Felda.
Majlis menandatangani MOU diantara JPVNK dan FELDA Wilayah Gua Musang
pada 06.12.2006.
PENCAPAIAN RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH(1996-2000)
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh(RM7) 1996-2000 industri ruminan di kawasan liputan TAC berkembang pesat dengan mencatatkan peningkatan populasi ternakan lembu.. dari ..4901 ekor pada awal tahun 2001 kepada 4901 ekor pada tahun 2005 iaitu peningkatan sebanyak 116 peratus. Anggaran Nilaian ternakan diladang pada tahun 1999 adalah sebanyak RM2.450 juta berbanding dengan tahun 1995 sebanyak RM 1.133 juta sahaja. Nilai keluaran ternakan diperingkat ladang adalah sebanyak RM 4.26 juta dalam tempoh 1995-2000 .Dalam tempoh tersebut juga pengeluaran daging segar adalah sebanyak 444.06 tan metrik.
Pada tanggal 06.12.1996 satu lambaran sejarah baru telah dibuka dengan wujudnya satu perjajian memorandum persefahaman(MoU) secara rasmi diantara Felda Wilayah Gua Musang dengan Jabatan Perkhimdatan Haiwan Negeri kelantan.MoU ini ditandatangani oleh Dr.Majid Pengarah JPH Negeri dan Tn.Hj.Latif Pengurus Besar felda Wilayah Gua Musang dengan disaksikan oleh YAB. Dr. Hj.Ab.Rahman bin Mohd Salleh Timbalan ketua Pengaran JPH Malaysia bersama Ybrs.Tn.Haji.Mustapha yang mewakil Pengurus Besar Felda.
Majlis menandatangani MOU diantara JPVNK dan FELDA Wilayah Gua Musang pada 06.12.2006. |
Jadual : Nilai Output Ternakan 1994 & 2004
Dalam
tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh(RM8) 2001-2005 industri ruminan Jajahan Gua
Musang terus berkembang.Populasi ternakan ruminan terus melonjak kepada 7783
ekor tahun 2005 meningkat sebanyak 58.8% dari tahun 2000 atau secara puratanya
penigkatan 11.8 % setahun.
Populasi Ternakan lembu KTS Gua Musang 2001-2005 |
Carta garis : Perbandingan Populasi lembu KTS Gua Musang dengan Negeri Kelantan
Jadual : Status pengusaha lembu KTS Gua Musang
Status pengusaha lembu KTS Gua Musang |
Mesyuarat bersama KTS Gua Musang dan Pengurus Kesedar Paloh serta penternak pada 21.09.10 bagi menyelaras perlaksanaan projek |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan