PELAWAT





Lawatan Dr.Madzlan bin Mohd Salleh,Ketua Bahagian Industri Ternakan JPVNK 


Pada Dr.Madzlan bin Mohd Salleh,Ketua Bahagian Industri Ternakan JPVNK  projek lembu En.Mohamad bin Senik,di Felda Aring 06


Dr,Madzlan di Projek  lembu Felda Aring 06


04 JULAI 2005.

LAWATAN EXCO PERTANIAN DAN INDUSTRI DESA 


Lawatan Y.B. Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Desa Kerajaan Negeri Kelantan, ke TAC Gua Musang sempena lawatan kerja  ke projek Integrasi Gugusan Aring pada 04.03. 2005.Lawatan ini adalah pertama kali ke TAC Gua Musang setelah beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Desa Kerajaan Negeri Kelantan.Turut hadir mengiringi Yang Berhormat adalah Dr. Palanisamy Timbalan Pengarah JPVNK serta Penyelia DUN Paloh
Ybrs.En. Azman.


Y.B. Exco diberi taklimat pencapaian projek  oleh wakil penternak 
Gugusan Aring En. Zulkifli bin Mohd Zain

LAWATAN YB. EXCO PERTANIAN NEGERI SEMBILAN
KE PROJEK TAC GUA MUSANG






EXCO Pertanian N.Sembilan melawat ke projek lembu integrasi En.Norman
di Ladang Kesedar Paloh 4


27 JULAI 2007

LAWATAN DR.PUNIMIN DARI JPV SABAH
KE PROJEK TAC GUA MUSANG

Pada 27 Julai 2007 tiga orang pegawai dari Jabatan perkhidmatan Veterinar Sabah datang ke KTS Gua Musang bagi mengadakan lawatan kerja.Lawatan ini diketuai oleh Dr.Punimin dan rombongan dibawa melawat ke projek lembu integrasi En.Mat Husin bin Mamat,Felda Aring 01 dan ladang En.Zulkifli bin Md. Zin Felda Aring o6. Turut sama mengiringi rombongan ini adalah En. Sasudin pegawai usahawan Felda Aring 01.

Kanan :Dr. Punimin serta rombongan bergambar bersama penternak di Aring 1
Kiri : Dr. Punimin dan rombongan bertukar pandangan dengan penternak sambil
mium di rumah En. Zulkifli Felda Aring 06.

16 MEI 1985

LAWATAN EXCO PERTANIAN DAN INDUSTRI DESA NEGERI KELANTAN


YB. Tuah Hj.Omar bin Muhammad Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa Kerajaan Negeri Kelantan pada Mei 1995 telah sudi melawat projek-projek ternakan lembu dikawasan TAC Gua Musang. YB Tuan Hj. Omar telah meluangkan masa sehari suntuk melawat beberapa projek lembu integrasi di Felda Ciku 1 dan Felda Ciku 07. Yang Berhormat diberi taklimat dan diringi melawat projek oleh Dr.Majid Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan bersama dengan En. Zakaria bin Kamarudin Ketua Unit Pedaging Ibupejabat Perkhidmatan Haiwan Malaysia.

YB. Exco bersama Dr.Majid b.Awang dan En.Zakaria b.kamarudin melawat
projek lembu integrasi di Felda Ciku 7







Tiada ulasan:

Catat Ulasan