KISAH KEJAYAAN PENTERNAK' SUCCESS STORY'




USAHAWAN RUMINAN JAYA KTS GUA MUSANG



EN.ZULKIFLI BIN MD ZIN




En. Zulkifli bin Md Zain seorang penternak kecil ruminan  dibawah bimbingan KTS Gua Musang yang telah berjaya ditranformasikan menjadi usahawan ruminan yang berjaya. Beliau telah terpilih sebanyak 4 kali untuk dianugerahkan Penternak Jaya Ruminan Negeri Kelantan iaitu pada tahun 2003,2006,2008,2010.

Bermula dengan modal sebanyak M4,700.00 dengan bilangan ternakan sebanyak 4 ekor indu,1 ekor pejantan dan 1ekor anak pada tahun 1994 kini (tahun 2008) beliau mempunyai sebanyak 450 ekor lembu.





Menerima anugerah Insan Cemerlang Peringkat Jajahan Gua Musang
Dari KDYMM Raja Perempuan Kelantan tahun 2008

Menyampai cenderan kenangan kepada Pak Lah
semasa HPPNK 2008



Aktiviti pengurusan ternakan yang dijalankan sendiri oleh
En. Zulkifli di ladang beliau



Menyampaikan ceramah kepada peserta Skim Program
Kesejahteraan  Rakyat(SPKR) Jajahan Gua Musang
20.08.2006


Lawatan Mr.Bend (Persatuan pengekspot lembu Australia)
ke ladang En. Zul pada 11.04.2007









EN. MAT JUSOH BIN ISRAIL





Penternak Jaya Ruminan Negeri Kelantan 2008 dimenangi oleh EN. MAT JUSOH BIN ISRAIL usahawan ruminan dibawah bimbingan KTS Gua Musang.Mula mnceburi diri dalam penternakan ruminan pada tahun 1996 dengan memelihara lembu sebanyak 5 ekor induk dan 1 ekor pejantan di ladang sawit Felda Ciku 03.Hasil dari usaha beliau yang gigih dan komitmen yang tinggi pada tahun 2008 beliau mempunyai 210 ekor lembu terdiri dari 115 ekor induk.4 ekor pejantan dan selebihnya anak.Beliau juga menternak 50 ekor kambing dan 30 bebiri sebagai aktiviti sampingan dalam bidang penternakan. 

Beliau bukan sahaja menceburi bidang penternakan ruminan bahkan terlibat secara aktif dalam aktiviti sosial.Beliau menjadi Pengerusi Persatuan Penternak Felda Ciku 03,Ketua Blok 3,ALK Koperasi Peneroka Felda Ciku 3,Ahli Jawatankuasa JKKR Felda Ciku 03.Di atas sumbangan besar beliau dalam aktiviti sosial dan bidang penternkan,pada tahun 2010 beliau telah dinobatkan sebagai Insan cemerlang peringkat jajahan Gua Musang.Anugerah itu di sampaikan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan.

En. Mat Jusoh(batik biru) bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan
di HPPNNK 2009


  1. PROFIL PENGUSAHA  
Biodata pengusaha

Nama                               : MAT JUSOH BIN ISRAIL
No.k/p                             : 540803-03-5299
Jantina                              : Lelaki           
Bangsa                             : Melayu
Bilangan keluarga             : 10 orang
Pendidikan                       : Sekolah Rendah
Aktiviti Utama                  : Peneroka dan penternak sepenuh masa
Aktiviti sampingan            : Menternak kambing dan bebiri
                                        : Penyembelih dan penjual Daging
Alamat lading/projek        : Felda Chiku 08, Gua Musang, Kelantan.
Alamat Rumah                  : No. 258, Felda Chiku 03, 18300 Gua Musang,Kelantan
Telefon                             : 013 -9890291
Jawatan Lain                    : Ketua Blok 03,Felda Chiku 03
                                        : Pengerusi Persatuan Penternak Felda Chiku 03
                                         : AJK Jawankuasa Kemajuan Rancangan Felda Chiku 03


3. LATARBELAKANG PROJEK

Tarikh mula projek : 1996 ( 1ekor pejantan dan 5 ekor induk)
Modal permulaan    : RM 5,000.00( Modal sendiri)
Kawasan                 : Felda Chiku 03  seluas 200 hektar

3.2.    Kawasan Projek  Sekarang

Ladang kelapa sawit  Felda Chiku 08  seluas 1200 hektar
Umur kelapa sawit 15 tahun


3.3.   Kapasiti ladang       -           300 ekor Induk atau  populasi sebanyak 700 ekor.
3.4.   Populasi semasa      -           220 ekor(2010)

3.5     Status Induk tahun 2008.

Milik  sendiri                                       -  55 ekor        
Pawah dari penternak lain                   -  40 ekor
Projek Pintaf TRUST Jabatan             -  20 ekor
JUMLAH                               -  115 ekor     


3.6. Latihan yang pernah diikuti

Kursus dan seminar insitu anjuran jabatan
Konvensyen  Hari Peladang 2003 di
Konvensyen  Hari Peladang 2005 di Perak
Lawatan belajar ke projek di Pahang, N.Sembilan dan Johor
Lawatan ke MAHA 2005,2006.2007

3.7. Modal mengusahakan Projek  2004 -2008

                    i.Modal sendiri              -           RM  30,000.00
                  ii.Pinjaman (SIUF)         -           RM    7,000.00
JUMLAH       -           RM 37,000.00



5. PRESTASI  KEMAJUAN PROJEK

                       
5.1. Prestasi  stok ternakan 2004 -2008      

TAHUN/TERNAKAN
2004
2005
2006
2007
2008
INDUK
14
25
37
85
115
PEJANTAN
1
3
3
3
6
JANTAN MUDA
5
6
8
13
30
DARA
6
5
10
15
34
JANTAN>1TH
7
8
14
32
45
BETINA>1TH
6
10
16
36
42
JUMLAH
39
57
88
184
272


  


En. Mat Jusoh bersama ternakan beliau di Ladang felda Ciku 08(2009)




Lembu Skim TRUST dibawah  pengurusan En.Mat Jusoh
Lembu baka Brahman Skim TRUST yang biak baik baka
oleh En.Mat Jusoh diLadang Ciku 08,Gua Musang(2009)
En. Mat Jusoh bersama anaknya yang turut membantu
 beliau menguruskan projek ternakan.








EN.WAN ISMAIL BIN WAN MAMAT

Penternak Jaya Ruminan Negeri Kelantan 2009 dimenangi oleh EN.WAN ISMAIL BIN WAN MAMAT dari Felda Aring 01,Gua Musang. Beliau merupakan usahawan ruminan dibawah bimbingan KTS Gua Musang.Mula mnceburi diri dalam penternakan ruminan pada tahun 1996 dengan memelihara lembu sebanyak 15 ekor induk secara berkelompok bersama 3 orang pentenak lain.Kini beliau mempunyai 250 ekor lembu dengan 150 ekor induk.Berdasarkan rekod cemerlang dan kesungguhan  beliau,pada tahun 2010 pihak jabatan telah memberi bantuan sebanyak 15ekor induk lembu dibawah Skim TRUST.



Menerima anugerah Penternak Jaya Ruminan Negeri Kelantan 2009
daripada YAB Tok Guru Menteri Besar sempena HPPNNK 2010

Bergambar bersama rakan-rakan usahawan ruminan dan Pn.Hjh.Normala
dari JPVNK sempena HPPNNK 2010.



En. Wan Ismail bersama lembu peliharaanya diladang
 Felda Aring 03,Tahun 2011

En.Wan Ismail memberi maklumat bidang usahanya kepada
En.Abd.Halim ,Hakim Pentenak Jaya Peringkat Negeri Kelantan 


EN.NORMAN BIN AMAN


Penternak Jaya Ruminan Negeri Kelantan 2001



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan