Program pembiakbaik bakaan ternakan ruminan secara tersusun dikawasan KTS Gua Musang bermula pada tahun 2001.Tumpuan aktiviti pembiakan adalah bagi meningkat tumberasan dan kualiti ternakan. Melihat kepada prestasi pejantan yang dibekalkan oleh pihak jabatan kurang memuaskan disebabkan tempoh adaptasi yang panjang( 4-6 bulan) bagi penyesuaian dengan persekitaran.Tempoh adaptasi yang panjang ini menyebabkan banyak pejantan mati sebelum dapat berfungsi dengan sepenuhnya.
Baga jantan yang dibekalkan kepada penternak KTS (Zawawi Hanafi,Felda Ciku 01)oleh JPV Negri Kelantan ,2006) |
Sehubungan dengan itu pihak mengambil langkah berani walaupun kurang mendapat sokongan dari pegawai atasan dengan melaksanakan program pembiakan secara berkelompok dan menjalankan pembiakan secara permanian beradas.Program ini dijalankan diladang/penternak yang mempunyai sistem pengurusan ternakan yang baik. Pada tahun 2001 sebanyak 2 buah ladang/penternak dipilih dibawah program ini.Objektif utama adalah bagi menghasilkan pejantan dari baka setempat yang berdaya tahan yang tinggi dengan persekitaran.
Aktiviti pembiakan lembu yang dijalankan sepanjang tempoh RMke8(2001-2005) |
Hasil dari program ini pada tahun 2004 pihak kami telah berjaya mengeluarkan 15 ekor pejantan kacukan berumur 24-30 untuk dijadikan baka.Baka-baka yang dihaslkan terdiri dari kacukan charolais,Simental dan Nellore.
Program Pembiakan di Ladang Tok Da Roni (En.Mat. Gani bin Mat) Felda Aring 1 |
Lembu kacukan Simental kepunyaan En. Zulkifli Md.Zain,Felda Aring 06 hasil dari pembiakan secara Permainan Beradas 2002 |
Baka jantan kacukan Charolais hasil dari AI dil adang Aring 06 |
Anak jantan muda kacukan Nellore diladang En.Ismail Ibrahim tahun 2005 |
Anak lembu kacukan KKxNellore di Ladang Syarikat Geliga Damai Sdn.Bhd. Felda Ciku 07(2006). |
Program penambahbaikan baka kambing bermula tahun 2003 dengan memberi perkhidmatan pemeriksaan daya biak pejantan.Pada tahun 2004 aktiviti pemeriksaan kesuburan dijalankan diikuti program penyeragaman pembiakan dengan menggunakan teknik CIDR.
Aktiviti pembiakan kambing/bebiri yang dijalankan sepanjang tempoh RMke8(2001-2005) |
Pn.Hjh.Normala melakukan Permanian Beradas keatas kambing di KTS Gua Musang |
En.Zulkifli bin Md.Zin menyediakan keperluan alatan untuk menjalankan Permanian beradas |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan