BENGKEL PENGURUSAN SKIM TRUST KTS KELANTAN
Bengkel
Pengurusan Skim TRUST bagi KTS Kelantan telah diadakan pada 09
September 2009 bertempat di Sudara Beach Resort,Bachok,Kelantan.Seramai
45 orang pemohon bantuan ternakan Skim TRUST Negeri Kelantan menghadiri
bengkel ini.Majlis perasmian penutup bengkel disempurnakan olih Dato'
D.Mohd Zairi bin Hj.Serlan Pengarah JPVNK.
Peserta bengkel bergambar bersama Pengarah JPPVNK |
LAWATAN PENTERNAK KTS GUA MUSANG KE KTS SEGAMAT
Pada 03 April 2006 seramai 12 orang penternak KTS Gua Musang mengadakan lawatan belajar ke KTS Segamat, Johor.Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari kaedah baru penternak lembu integrasi serta bertukar pengalaman dikalangan penternak.
LAWATAN PENTERNAK KTS GUA MUSANG KE HPPNK 2005
Pada 24 Ogos 2015 Seramai 12 orang penternak KTS Gua Musang telah terpilih menghadiri HPPNK 2005 bagi melawat pamiran ternakan hidup dan pamairan statik di tapak pamiran Jabatan serta agensi lain.Lawatan ini bertujuan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman penternak terhadap teknologi terkini dalam industri penternakan terutama pentenakan lembu pedaging.
Rombongan penternak ini juga dibawa melawat ke Putrajaya bagi mendedahkan penternak kepada pusat pentadbiran baru kerajaan yang moden dan tersususn.
Bergambar kenangan di tapak pamiran JPV |
En.Mat Husain Senik melawat gerai JPV di HPPNK 2005 |
Ahli rombongan memerhati dengan tekun bahan pamiran statik di gerai JPV |
Melawat Putrajaya |
BENGKEL AMALAN PENTERNKAN BAIK(APB)KTS GUA MUSANG
Pada 19-20 Jun 2006 KTS telah mengadakan Bengkel Amalan Penternakan Baik(APB) di Kesedar Inn Gua Musang.Bengkel ini dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Sharif bin Omar Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.Turut hadir adalah Dr. Idris bin Kadir,Pengarah JPVNK,Dr.Sulaiman bin Kadir Timbalan Pengarah JPVNK.Seramai 60 orang usahawan ruminan dibawah bmbingan KTS Gua Musang menghadiri bengkel tersebut.
Gambar kiri.: Dr. Sulaiman menyampaikan sijil kepada peserta
:Gambar Kanan: YB Dato' Sharif b. Omar menyampaikan nasihat
kepada usahwan yang hadir.
|
SEMINAR PENGURUSAN LEMBU SECARA INTEGRASI DENGAN TANAMAN SAWIT KTS GUA MUSANG DI PCB RESORT,KOTA BHARU,KELANTAN 1996
Seminar ini telah dihadiri oleh 45 orang peserta terdiri dari Pegawai TAC seluruh Malaysia,Pengurus-pengurus Felda Wilayah Gua Musang.Seminar ini dirasmikan oleh oleh Tn.Hj. Abdul Latif bin Harun,Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang.
Allah yarham Dr.Rosli bin Awaluddin,Ketua Unit Pedaging Ibupejabat Veterinar
Kuala Lumpur menyampaikan ceramah pada seminar tersebut |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan