Selasa, 29 Mei 2012




LATARBELAKANG JAJAHAN GUA MUSANG


Keluasan jajahan Gua Musang  adalah 53% dari keluasan negeri Kelantan iaitu 797,977 hektar. Sebahagian besarnya dilitupi hutan belantara dan bukit bukau.Keluasan tanah yang digunakan untuk aktivti pertanian adalah seluas 73622 hektar(tahun 2000).Tanaman sawit merupakan kawasan terbesar meliputi keluasan 56,022 hektar,dikuti dngan getah seluas 22,320 hektar,dusun buah buahan 8,922 hektar dan selebihnya tanaman lain.

Mengikut bancian penduduk tahun 1999 seramai 106,233 mendiami jajahan gua musang dengan kaum melayu merupakan etnik majoriti seramai 89,770 orang.Daripada bancian Jabatan Perangkaan pada tahun 2000 seramai 5,240 keluarga terlibat dengan aktiviti pertanian di Jajahan Gua Musang.

Gua Musang merupakan sebuah daerah yang kebanyakan penduduknya adalah tergolong dalam masyarakat peneroka. Daerah ini menempatkan dua agensi persekutuan yang diberi tanggungjawab untuk membuka dan memajukan tanah rancangan iaitu FELDA dan KESEDAR. 


KESEDAR



Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) adalah sebuah agensi kerajaan yang telah diberi tanggungjawab untuk memajukan sepuluh buah tanah rancangan yang terletak di Daerah Gua Musang, Kelantan. Tanah rancangan yang dimajukan oleh agensi ini termasuklah kawasan tanah rancangan Paloh 1, Paloh 2, Paloh 3, Chalil, Lebir, Meranto, Paloh 4, Renok Baru, Jeram Tekoh dan Sungai Asap . Terdapat sebanyak 9 buah Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) yang mempunyai peneroka dan 1 Ladang Tanpa Peneroka. Keseluruhan kawasan RKT adalah seluas 19,759.58 hektar dan menempatkan seramai 2,228 orang peneroka .


Jadual 1 menunjukkan maklumat tentang kedudukan peneroka, jenis t


FELDA


FELDA diberi tanggungjawab memajukan sembilan buah tanah rancangan yang terdiri daripada Kemahang 3, Chiku 1, Chiku 2, Chiku 3, Chiku 5, Chiku 6, Chiku 7, Perasu, dan Aring 1. 

ISU MASYARAKAT SETEMPAT


Penderitaan masyarakat peneroka kini berlaku akibat kemerosotan hasil ladang yang telah menghimpit 168,750 keluarga peneroka di kawasan FELDA dan 35,815 keluarga pekebun kecil kampung serta kirakira 33,000 keluarga peneroka FELCRA. Sekitar tahun 1997 dan 1998 harga kelapa sawit adalah pada aras RM400 bagi setan dan pada tahun 2000 ia pernah mencecah tahap paling rendah iaitu RM60 setan.Bagi peneroka FELDA pula, pendapatan mereka lebih baik sedikit berbanding pekebun kecil kampung kerana kelapa sawit di kawasan FELDA lebih bermutu tinggi dan mampu dijual pada harga kira-kira RM100 setan yang mana ia jauh masih rendah (Mazlan, 2001).


LATARBELAKANG BIDANG RUMINAN

Sejarah pemeliharaan ternakan ruminan di jajahan Gua Musang secara aktif bermula seiring dengan penempatan peneroka di kawasan pembangunan tanah FELDA dan KESEDAR sejak tahun 1980. Sistem pemeliharaan adalah secara integrasi dengan tanaman kekal. Saiz penternakan adalah secara kecilan dengan sistem pemeliharaan secara tradisional bagi tujuan tabungan.Agensi kerajaan seperti FELDA dan KESEDAR memainkan peranan utama dalam pembangunan sektor ternakan ini sebagai sumber pendapatan sampingan kepada peneroka masing-masing.

Peta : Kawasan Pertanian Negeri Kelantan

Lokasi kawasan operasi KTS Gua Musang



Lokasi pejabat KTS Gua Musang mulai 2002
di Pejabat Perkhidmatan Haiwan Kecil Ciku 03


TABURAN HUJAN

Kawasan TAC Gua Musang merupakan kawasan pendalaman Negeri Kelantan dimana ianya menerima jumlah hujan yang tinggi pada bulan September hingga Disember pada tahun.Taburan hujan yang tidak seragam ini mempengaruhi corak pengurusan dan kesan terhadap kematian ternakan.Pada musim hujan ini kes kematian ternakan adalah tinggi terutama kepada ternakan yang beumur dibawah 3 bulan.Daripada lapuran yang diperolehi oleh penternak 10 % dari kehilangan(mati atau tidak dijumpai) disebabkan dhanyut air semasa banjir.Bentuk muka bumi yang berbukit dengan aliran air sungai yang cepat melimpah dan deras boleh menghanyut dan melemaskan tenakan. 

Taburan Hujan dikawasan KTS Gua Musang
(Pusat sukatan Felda Aring 06)





KONSEP TAC

TAC `Target Area Concentraion' adalah satu konsep penyampaian perkhidmatan Veterinar melalui Pogram Pengembangan Veterinar yang proaktif disatu kawasan yang terpilih bagi membangun industri ruminan yang sistematik. 

Di bawah konsep TAC  penyampaian perkhidmatan teknikal melalui Program Pengembangan Veterinar(PPV) akan dilaksanakan bagi membantu meningkatkan kecekapan pengurusan ternakan.